Saturday, April 2, 2011

tukar mood...

assalamualaikum pembuka bicara....

okee...nih first time saye yg post entri..mmg berbeza sedikit ayat berbanding yg lepas..sbb yg laen sume ketua keluarga yg post entri..heee~kali nih belog ditukar background..saje nk wat eksperimen lah~^_^saje je nk letak bunge2 biar nmpk ceria cikit la...ok..tu je nk taip..

wassalam...
-DONE-


Saturday, May 1, 2010

ADIK & ABANG - PERIKSA TEKWANDO


Adik dan Abang periksa naik tahap tali pinggang hijau 2 pagi tadi. Jika lulus naik tali pinggang biru 1. apa2pun semua OK. Balik..singgah mencendul depan pasaraya Nirwana.

Thursday, April 29, 2010

ADIK-HOKI MSSD SEGAMAT


Adik wakili sekolah dalam pertandingan hoki. Sebagai Gol Keeper. Syabas kerana banyak selamatkan serangan pasukan lawan.

Saturday, April 17, 2010

END OF HARAM BOUNDARY


Dibelakang tu ialah tugu menandakan sempadan tanah haram, manakala dibelakang tugu adalah masjid Tanaim. tidak sah niat umrah di hadapan tugu tersebut. Niat dalam masjid Tanaim lagi baik, dapat pahala sunat mengadap kiblat.

MASJID TANAIM


Tanaim terletak di sempadan tanah haram, Mekah. Masjid ini menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah untuk berniat umrah. Pengusaha bas dan teksi Mekah menjerit AISHAH! AISHAH!kerana masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Aishah oleh penduduk tempatan. Semasa Rasullah dan rombongan umat islam menunaikan haji , Saiditina Aishah tidak dapat sempurnakan haji kerana "uzur". Apabila suci beliau bertemu Nabi Muhammad. Nabi Muhammad menyuruh sahabatnya mengiringi isterinya itu ke Tanaim. Sejak itu Tanamin menjadi sempadan tanah haram. Tidak lama selepas itu sebuah masjid dibina untuk kegunaan jemaah dan dikenali sebagai masjid Aishah.