Saturday, May 1, 2010

ADIK & ABANG - PERIKSA TEKWANDO


Adik dan Abang periksa naik tahap tali pinggang hijau 2 pagi tadi. Jika lulus naik tali pinggang biru 1. apa2pun semua OK. Balik..singgah mencendul depan pasaraya Nirwana.

Thursday, April 29, 2010

ADIK-HOKI MSSD SEGAMAT


Adik wakili sekolah dalam pertandingan hoki. Sebagai Gol Keeper. Syabas kerana banyak selamatkan serangan pasukan lawan.

Saturday, April 17, 2010

END OF HARAM BOUNDARY


Dibelakang tu ialah tugu menandakan sempadan tanah haram, manakala dibelakang tugu adalah masjid Tanaim. tidak sah niat umrah di hadapan tugu tersebut. Niat dalam masjid Tanaim lagi baik, dapat pahala sunat mengadap kiblat.

MASJID TANAIM


Tanaim terletak di sempadan tanah haram, Mekah. Masjid ini menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah untuk berniat umrah. Pengusaha bas dan teksi Mekah menjerit AISHAH! AISHAH!kerana masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Aishah oleh penduduk tempatan. Semasa Rasullah dan rombongan umat islam menunaikan haji , Saiditina Aishah tidak dapat sempurnakan haji kerana "uzur". Apabila suci beliau bertemu Nabi Muhammad. Nabi Muhammad menyuruh sahabatnya mengiringi isterinya itu ke Tanaim. Sejak itu Tanamin menjadi sempadan tanah haram. Tidak lama selepas itu sebuah masjid dibina untuk kegunaan jemaah dan dikenali sebagai masjid Aishah.

Saturday, February 20, 2010

MASJIDIL HARAM

JABAL RAHMAH

Jabal Rahmah atau Bukit Rahmah menjadi tumpuan jemaah dalam program ziarah. Merupakan tempat pertemuan antara Nabi Adam dengan Hawa, terpisah dipercayai beratus tahun setelah di tempatkan di bumi. Pendapat bahawa Jabal Rahmah adalah tempat afdal berdoa berkaitan memperoleh jodoh dan anak adalah tidak benar. Tiada hadis berkaitan perkara ini.

MASJID NABI DI MADINAH

8 hari di Masjid Nabi, pengalaman yang hebat. solat, zikir dan membaca al-Quran menjadi budaya jemaah. Ziarah makam Rasulullah setiap hari. Jemaah berebut-rebut ke Raudah dan solat di masjid lama. Utamakan keselamatan diri.

Tn. Hj. Zakaria, Tn. Hj. Ghazali, Hj. Zainuddin, Hj. Yusuf

Rakan sebilik di Madinah. Dari kiri Tn. Hj. Zakaria dari Batu Anam Segamat, Tn. Hj. Ghazali dari Kuala Lumpur, Tn. Hj. Zainuddin dari Temerloh, Tn. Hj. Yusuf dari Kg. Jawa Segamat dan saya.
Mereka rakan baik semasa di tanah suci. latar belakang masjid nabi. payung boleh laras buka dan tutup, teknotogi terbaik dari German.

Thursday, February 18, 2010

TUNAI RUKUN ISLAM KE 5


Hujung 2009 dapat tunai fardu haji bersama isteri. benar pesanan mereka yang pernah tunai haji. pergilah masa muda. Mengerjakan Haji memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Pesanan saya "PERGILAH SEMASA SIHAT & PERGILAH SELAGI SEMPAT"