Saturday, April 17, 2010

MASJID TANAIM


Tanaim terletak di sempadan tanah haram, Mekah. Masjid ini menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah untuk berniat umrah. Pengusaha bas dan teksi Mekah menjerit AISHAH! AISHAH!kerana masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Aishah oleh penduduk tempatan. Semasa Rasullah dan rombongan umat islam menunaikan haji , Saiditina Aishah tidak dapat sempurnakan haji kerana "uzur". Apabila suci beliau bertemu Nabi Muhammad. Nabi Muhammad menyuruh sahabatnya mengiringi isterinya itu ke Tanaim. Sejak itu Tanamin menjadi sempadan tanah haram. Tidak lama selepas itu sebuah masjid dibina untuk kegunaan jemaah dan dikenali sebagai masjid Aishah.

No comments:

Post a Comment